MUHAMMAD SAFFUAN ABDULLAH. K.B., P.A.,
(KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF & AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan bermula di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Diploma Pembangunan Manusia dan menyambung peringkat ijazah pertama dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling daripada universiti yang sama. Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah syarikat dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pertama kepada syarikat. Beliau juga merupakan Pegawai Eksekutif Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA International) dan Kaunselor Berdaftar yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Orang yang bertanggungjawab kepada kewujudan syarikat dan perancang utama bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah yang lain ke arah meningkatkan produktiviti dan kualiti syarikat agar berjaya mencapai matlamat asal penubuhannya. Seorang yang amat komited kepada tugas dan perwatakan menarik membuatkan syarikat yakin dan percaya dengan kemampuan beliau. Graduan Universiti Putra Malaysia ini mampu membawa perubahan kepada syarikat seterusnya membantu persatuan dengan lebih berjaya.
MOHD AFIF FAWWAZ M. SHAHFERI
(PENGURUS DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan pada peringkat ijazah bermula di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bacelor Sains (Kepujian) Kimia Petroleum. Beliau merupakan pengurus salah satu jabatan di dalam syarikat. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab didalam promosi serta jualan bahan bacaan serta penerbitan ilmiah bagi tujuan meningkatkan kesedaran terhadap budaya keilmuan yang tinggi. Seorang yang amat komited dan minat mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan ini membuatkan percaya dengan kemampuan beliau.
NORHAYATE RAZALI, K.B., P.A.,
(PENGURUS DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan pada peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Kaunseling. Beliau kini merupakan salah seorang pengurus di syarikat ini. Beliaun bertanggungjawab merancang, mengurus serta mengendalikan pakej pelancongan yang menfokuskan kepada pelancongan berkonsepkan akademik. Seorang yang sangat komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan serta mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang yang diceburi. Berbekalan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, beliau mampu membawa perniagaan ini mencapai misi dan visi syarikat.
TAN SRI DR. NORDIN BIN KARDI
(PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan beliau dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ijazah Psikologi dan Ekonomi. Master of Art in Counseling dari Universiti Western Michigan, USA. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang Student Personel Services in Higher Education dari Universiti Hull, England. Beliau bertugas sebagai Profesor di Collage Art and Science, Universiti Utara Malaysia dan posisi terakhir sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia selama 5 tahun (2005-2010). Semasa bertugas sebagai Naib Canselor UUM, beliau juga bertugas sebagai Pengarah Kem Biro Tatanegara. Di dalam Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia memegang jawatan sebagai Presiden. Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk penulisan buku, artikel, jurnal, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
(AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan beliau dari Universiti Malaya (B.A. Hons) 1977, Diploma Pengurusan Awam INTAN (1980), Western Michigan University (M.A. Psychology) 1990 dan mendapat Doktor falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (Ph. D Psikologi) 2000. Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir, Universiti Malaya dan seterusnya memegang beberapa jawatan tinggi dalam jabatan perkhidmatan awan sehinggalah menjawat jawatan terkini sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Beliau juga diberi amanah oleh kerajaan sebagai Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia. Di dalam Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden. Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk penulisan buku, artikel, jurnal, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
PROF. DR. ZURIA BINTI MAHMUD
(AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan beliau dari Universiti Southern Illinois, USA dalam bidang Ijazah Bimbingan dan Kaunseling dan Master Science dalam bidang pendidikan (Secondary Education) di universiti yang sama. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang Pendidikan Kaunselor. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru kaunseling di Maktab Rendah Sains MARA. Kemudian sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekarang sebagai Profesor Kaunseling UKM. Di dalam Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia memegang jawatan sebagai Bendahari. Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk penulisan buku, artikel, jurnal, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
PROF. MADYA DR. RUSNANI BINTI ABDUL KADIR
(AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan beliau dari Universiti Bloomington, USA dalam bidang Ijazah Sains Pengurusan dan Pentadbiran dan Master di dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di universiti yang sama. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di dalam Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Kansas, USA. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai guru kaunseling sepenuh di Maktab Rendah Sains MARA dan sekarang berkhidmat sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia. Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk penulisan buku, artikel, jurnal, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
PROF. MADYA DR. ABD HALIM BIN MOHD HUSSIN
(AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Latar belakang pendidikan beliau dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Ijazah Bimbingan dan Kaunseling. Seterusnya pada peringkat Master beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Indiana, USA dalam bidang Master Science Educational Psychology and Counseling dan pada peringkat PhD di UiTM pada tahun 2010. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang kaunseling dengan memulakan kerjaya sebagai Kaunselor Sepenuh Masa. Beliau seterusnya menjadi .Pensyarah dan Ketua Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, KUIM (USIM) 1 April hingga 31 Disember 2009 dan sekarang menjawat jawatan sebagai Pengarah, Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia, USIM. Beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia. Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk penulisan buku, artikel, jurnal, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.