Psikologi adalah asas kepada kaunseling. Psikologi sebenarnya ilmu tentang kemanusiaan yang wujud selepas kajian yang dibuat tentang manusia. Pecahan ilmu psikologi termasuklah Kaunseling. Kaunseling adalah cabang psikologi. Dalam kata lain kaunseling adalah anak kepada psikologi.
Kaunseling seumpama sebiji bola di dalam bakul manakala psikologi adalah bakul. Jelaslah bahawa Kaunseling adalah pecahan dari ilmu psikologi.
Oleh yang demikian, bukan semua individu yang terlibat dalam psikologi mampu membuat kaunseling kerana kaunseling adalah pecahan pengkhususan. Jadi bukan semua individu yang berpendidikan dalam bidang psikologi mampu membuat sesi kaunseling, apatah lagi untuk memberi sesi kaunseling berkesan.