Tuesday, 13 December 2011

Asas kepada Kaunseling

   Psikologi adalah asas kepada kaunseling. Psikologi sebenarnya ilmu tentang kemanusiaan yang wujud selepas kajian yang dibuat tentang manusia. Pecahan ilmu psikologi termasuklah Kaunseling. Kaunseling adalah cabang psikologi. Dalam kata lain kaunseling adalah anak kepada psikologi. 
Kaunseling seumpama sebiji bola di dalam bakul manakala psikologi adalah bakul. Jelaslah bahawa Kaunseling adalah pecahan dari ilmu psikologi. 
Oleh yang demikian, bukan semua individu yang terlibat dalam psikologi mampu membuat kaunseling kerana kaunseling adalah pecahan pengkhususan. Jadi bukan semua individu yang berpendidikan dalam bidang psikologi mampu membuat sesi kaunseling, apatah lagi untuk memberi sesi kaunseling berkesan.





Saturday, 29 October 2011

PERKAMA ACADEMY : Siapa, apa dan mengapa???


PERKAMA Academy adalah satu anak syarikat yang berada di bawah naungan PERKAMA Consultants yang berhubung terus dengan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) International. Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang yang memberi fokus kepada pembangunan profesional pengamal kaunseling di Malaysia.

PERKAMA Academy menawarkan khidmat :
  • program motivasi
  • kursus sijil profesional (bidang kaunseling)
  • kursus untuk organisasi
  • bengkel antarabangsa
  • seminar 
  • forum dan dialog
  • pengurusan program
PERKAMA Academy juga menyediakan perkhidmatan mengikut keperluan syarikat atau organisasi yang berminat untuk bekerjasama dengan PERKAMA. PERKAMA Academy hanya menyediakan khidmat panel yang berkualiti dan mempunyai pengalaman yang luas serta tidak perlu dipertikaikan lagi kepakaran mereka. 

Selaras dengan bidang kaunseling, PERKAMA Academy juga menawarkan khidmat kaunseling iaitu:
  • sesi kaunseling individu
  • sesi kaunseling kelompok
  • sesi kaunseling keluarga
  • sesi kaunseling pasangan
  • bimbingan dan konsultasi
  • play therapy
PERKAMA Academy membawa tugas dan peranan Persatuan Kaunseling Malaysia terus kepada organisasi dan individu. Oleh yang demikian, PERKAMA Academy terus komited dalam melaksanakan amanah  yang dipertanggungjawabkan . 
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami :

PERKAMA ACADEMY
LOT 3-1B, TINGKAT 1, JALAN HENTIAN 1C,
PUSAT HENTIAN KAJANG, 43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
TEL : +603-87340735
FAX : +603-87394370